Tuesday 27 September 2016

PENCEMARAN-PENCEMARAN

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas,cecair atau zarah yang terkandung dan terampai di atmosfera sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam sekeliling.Ini sebabkan gas dan bahan tercemar akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.Hal ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia.Selain daripada itu,bahan-bahan seperti habuk,kabus,wap atau bahan-bahan yang boleh menghalang penglihatan mata juga merupakan contoh bentuk pencemaran udara.









Klasifikasi Pencemaran Udara.

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

• Pencemaran Udara Primer.
-Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

• Pencemaran Udara Sekunder.
-Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas yang terdapat pada pencemaran udara primer seperti karbon monoksida dan sufur monoksida untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat yang boleh mendatang kemudaratan kepada alam sekeliling.

Jenis-jenis Bahan Pencemar.

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

• Sulfur dioksida
• Karbon monoksida
• Nitrogen dioksida dan ozon
• Alergen
• Plumbum dan logam-logam lain
• Floroklorokarbon (CFC).






PENCEMARAN AIR



Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya.
 Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. 



PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. 

Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.


Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. 





KESAN PENCEMARAN AIR

Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian sepertidisentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
Pencemaran Tanah/Darat.




Pencemaran tanah/darat adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan merubah lingkungan tanah alami.



Tanah Subur :-




  • Limbah Pabrik
  • Limbah Domestik
  • Tanah Tercemar
  • Limbah Pertanian



Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui :-




  • Pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat
  • Penyemburan racun serangga
  • Aktiviti pembinaan perlombongan dan pembalakan 



Kesan pencemaran tanah :-




  • Hakisan tanah
  • Membunuh haiwan dibawah tanah
  • Menjejaskan kesihatan
  • Kekurangan tanah subur







No comments:

Post a Comment