Tuesday 27 September 2016

KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR


 
Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkn an  produktiviti. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber melalui pelbagai program nasional dan antarabangsa seperti  UNCED. Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang mantap. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini mengalakkan sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologibercirikan kecermelangan kualiti alam sekitar. Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran.




KONSEP PENCEMARAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SKITAR
















am sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkn an  produktiviti. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber melalui pelbagai program nasional dan antarabangsa seperti  UNCED. Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang mantap. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini mengalakkan sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologibercirikan kecermelangan kualiti alam sekitar. Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran.






PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN KUALITI ALAM SEKITAR




Pecemaraan dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan meninggalkan kesan yang negatif bukan sahaja kepada kesihatan manusia tetapi juga kemajuan ekonomi negara. Kepentingan kualiti alam sekitar  terhadap manusia terbukti melalui peyelidikan dalam dan luar Negara. Dalam beberapa penyelidikan jika manusia tidak menjaga alam sekitar kualiti kehiduapan manusia akan merosot akibat perbuatan manusia sendiri amnya. Umumnya, jika keadaan ini berterusan makhluk dibumi ini akan terus mengalami kesan buruk.
Negara kita sentiasa berwaspada mengenai kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar yang mudah tercemaran dengan pembangunan yang pesat. Pertumbuhan industri dan pembandaran yang tidak terkawal juga mengakibat kan pencemaran.
Negara kita juga menitiberatkan pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli. Pengurusan atau pentadbiran yang penting bagi meningkatkan kualiti alam sekitar dan sumber asli yang mapan. Kerajaan negeri dengan agensi pembangunan negeri boleh memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan sumber asli.
Umumnya, dasar Negara kita mengenai alam sekitar ialah untuk:
1.       Mencapai alam sekitar yang bersih, selamat ,sihat dan produktif untuk generasi kini dan masa depan
2.       Memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan Negara yang unik dengan penglibatan secara berkesan oleh semua pihak .
3.       Mengalakkan cara hidup serta corak penggunaan dan penguluaran yang sejajar dengan prinsip pembangunan mampan.

No comments:

Post a Comment