Tuesday 27 September 2016

KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

Kerajaan sangat komited dalam pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan ialah tindakan atau program yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi untuk membangunkan seseorang supaya berketerampilan dari aspek pengetahuan , kemahiran dan pembentukan sikap dalam melaksanakn tugas. Dalam konteks negara Malaysia , pembangunan modal insan adalah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan , berkemahiran dan seterusnya berkebolehan membantu .

   Antara kepentingan pembangunan modal insan adalah seperti yang berikut :

- Menjana pendapatan negara.

- Pembangunan negara pada masa akan datang .

- Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti WaWasan 2020 . 

- Membantu kerajaan dalam membangunkan negara .

 

 

PENGAJARAN DAPAT KITA BELAJAR....

Kerajaan hendaklah terus melaksanakan program tentang modal insan terhadap masyarakat supaya dapat melahirkan individu yang berteteampilan dari aspek pengetahuan , kemahiran dan pembentukan sikap . 

 SISTEM PENDIDIKAN

Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan wadah atau saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Sistem pendidikan di Malaysia terus berusaha memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang sesuai pada masa yang tepat, iaitu sejak lahir hingga ke alam kejaya. Kerajaan telah melakukan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Struktur sistem pendidikan di Malaysia dan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi adalah antara perubahan dan transformasi yang ingin dicapai setanding dengan negara maju lain.


     Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan ialah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan sekolah. Mereka aialah kumpulan yang menjadi teras kekuatan dalam Kementerian Pendidikan sejak dahulu lagi. Bakti kumpulan ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, peningkatannyang ketara dapat dilihat dalam pelbagai peringkat pendidikan.

     
  Sistem pendidikan Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu :

 

 

 

 

 

 

 

 

 Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk :

- melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

- melahirkan insan beriman , berakhlak mulia , berilmu , berketerampilan dan sejahtera.

- menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

- memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

 

 

PERINGKAT DAN TEMPOH PENDIDIKAN

Kementerian akan memastikan kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang etnik melalui usaha memastikan akses sejagat pada peringkat persekolahan, pendidikan rendah, menengah rendah dan menengah atas.

     Langkah yang diambil termasuklah yang berikut:
(a) Memastikan peringkat dan tempoh pendidikan selari dengan amalan sistem pendidikan          berperestasi tinggi
(b) Pemberian bantuan yang lebih bersasaran dan berasaskan keperluan serta bantuan lain kepada pelajar dan sekolah.



Peringkat pendidikan

 
Sistem pendidikan terbahagi kepada lima peringkat iaitu prasekolah, rendah, menengah, serta lepas menengah. Sistem pendidikan formal selama 12 hingga 13 tahun (tidak termasuk pendidikan prasekolah) sebelum mengikuti pendidikan tinggi.





Pendidikan Prasekolah
 
Pendidikan prasekolah ialah temooh yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk mengembagkan potensi intelek, rohani, emosi da jasmani sebagai persediaan sekolah rendah.
 
(a) Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 5 tahun
(b) Pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada 4 tahun.

 

 

 KURIKULUM KEBANGSAAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan. Tujuan kurikulum ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada lima seperti yang berikut :

a)Kurikulum Asuhan dan Didikan awal kanak-kanak

b)Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

c)Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

d)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

e)Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

 

 

Antara Strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah :

a)Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak serta kurikulum prasekolah kebangsaan . 

b) Menggubal Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah .

c) Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan kurikulum .

d) Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama negara.

e) Menyediakan , menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa dan masa hadapan . 

 

 

KOKURIKULUM KEBANGSAAN


Bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut intelek, minat, bakat, jasmani dan rohani ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika serta jati diri, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pelajar untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. Pelaksanaan kokurikulum bertujuan memantapkan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang. Antara strategi pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah seperti berikut :

a) membudayakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid.

b) memberi wajaran kepada penglibatan yang seseuai kepada aktiviti kokurikulum .

c) memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif melalui kepelbagaian aktiviti kokurikulum.

d) melibatkan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum.

e) memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum .  

 

No comments:

Post a Comment