Tuesday 27 September 2016

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


Penghutanan semula

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.


MEWARTAKAN HUTAN SIMPANAN DAN TAMAN NEGARA

Hutan simpanan dan taman negra dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus.Kegiatan pembalakan , penerokaan hutan , dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut . Contoh hutan simpan dan taman negara yang telah diwartakan adalah seperti yang berikut :-

- HUTAN SIMPAN HULU GOMBAK , SELANGOR
- HUTAN SIMPAN SEPILOK ,SABAH

- HUTAN SIMPAN BUKIT LAMA , SARAWAK

- TAMAN NEGARA KINABALU , SABAH

- TAMAN NEGARA , PAHANG

*CONTOH VIDEO HUTAN SIMPAN (PAHANG)*



Penggunaan baja organik

 

Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat  menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

 

 

Kaedah biologi


 Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.
 





Pertanian tetap

Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.

TANAMAN TUTUP BUMI 

Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng-lereng bukti antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit . Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.



MELANDAIKAN CERUN DAN MEMBUAT TARAHAN

Kini , pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar . Kawasan cerun bukti akan dilandaikan terlebih dahulu untuk mengurangkan hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh.



PEMBINAAN TEMBOK KONKRIT DAN LONGKANG KONKRIT

Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukti yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanah. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan seterusnya tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.




PRINSIP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR



Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan penglibatan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak . Malaysia telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah persekitaran . Dalam konteks ini , kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti yang berikut ;

 -penjagaan alam sekitar .

-pemuliharaan kessuburan tanah dan kualiti alam sekitar.

-peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan.

-kepentingan terhadap persepaduan dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar.

-iltizam dan akauntabiliti terhadap kualiti alam sekitar.

-penentuan tentang kesesuaian dan keberkesanan penggunaan sumber-sumber asli.

-penglibatan aktif di peringkat antarabangsa.      



PENGAJARAN DAPAT KITA BELAJAR....

Kita hendaklah mengambil peduli tentang bertapa penlingnya alam sekitar terhadp kita supaya alam sekitar dapat dipulihkan semula dan dapat dielakkan dari tercemar.

 

No comments:

Post a Comment