Tuesday 27 September 2016

PELBAGAI LALUAN PENDIDIKAN

LALUAN PENDIDIKAN VOKASIONAL  


Pendidikan vokasional adalah bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran teknikal yang khusus . Permintaan industri lulusan vokasional adalah tinggi dan memberangsangkan .

 

 

 

 

 

 LALUAN PENDIDIKAN TEKNIKAL  

Kerajaan memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah teknik di seluruh negara . Pendidikan teknikal memberikan peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan profesional . Pendidikan teknikal diiktiraf sebagai sebahagian daripada laluan akademik dan biasanya memerlukan asas akademik yang kukuh bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi . Pelajar dikehendaki mengambil mata pelajaran akademik dan boleh memilih set mata pelajaran elektif teknikal yang diminati sama ada dalam bidang kejuruteraan awam , sains pertanian , prinsip perakaunan atau lain-lain . 



 Berbezaan teknikal dan vokasional ;-


 Teknikal

 -Meluyukkan pelajaran dalam pendidikan lanjutan .

 Vokasional

- Beriorientasikan kerjaya .





LALUAN PENDIDIKAN AGAMA ;-


-> Merupakan salah satu komponen penting dalam system pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras kurikulum kebangsaan.

-> Kerjaan sangat komited dalam meningkatkan pendidikan agama Islam di Malaysia . 

->Permintaan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah agama sangat memberangrangkan . 

-> Kerjaan memperkenalkan program pendaftaran sekolah agama Negeri (SAN) dan sekolah agama rakyat sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) serta mewujudkan kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan.





LALUAN PENDIDIKAN SUKAN DAN SENI ;- 

Bagi melahirkan pelajar yang hebat dalam bidang sukan dan seni , Kerajaan telah menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni . Pada masa ini , terdapat empat buah sekolah sukan dan dua buah sekolah seni di Malaysia . Sekolah sukan dan sekolah seni amat penting bagi memupuk dan mengembangkan bakat generasi muda dan melahirkan atlet pelapis serta penggiat seni. Sekolah jenis ini membantu perkembangan bakat atlet dan penggiat seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa . Murid di sekolah ini juga akan menerima pendidikan  asas yang luas dengan mengikuti kurikulum dan menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar di sekolah yang lain . Sekolah ini bertujuan membangunkan potensi murid secara holistik dan menyluruh . 




PENDIDIKAN KHAS --->




Dalam sisitem pendidikan,kanak-kanak Orang Kelainan Upaya(OKU) diberi perhatian yang sama dengan pelajar normal.




Kerajaan beriltizam untuk menangani masalah yang dihadapi dalam system pendidikan khas



 PENDIIDKAN UNTUK MURID PINTAR CERDAS --->




Golongan murid pintar dan cerdas perlu diberikan pendidikan yang khusus bagi menggilap lagi minda dan keistimewaan mereka.
 
Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kerajaan adalah dengan mewujudkan program pendidikan untuk murid pintar cerdas sperti PERMATA PINTAR.


 PENDIDIKAN SWASTA --->

Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan kepada murid tempatan dan antarabangsa.



  Instusi pendidikan  swasta dibiayai sepenuhnya oleh sector swasta.




Sektor swasta menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah,sekolah rendah,sekolah menengah hingga ke PraUniversiti.





 contoh sekolah swasta ;-
INDEPENDENT SCHOOL (UK) 

No comments:

Post a Comment