Wednesday 28 September 2016

RUJUKAN

RUJUKAN.....

 1. Oxford Fajar Sdn.Bhd(008974-T)2015.Pengajian Malaysia. Impression One Sdn.Bhd. , Kuala Lumpur. Normurni Mohamad ,Razana Fatin Abdullah@Razali , Mohamad Faizal Ahmat.

 

2.http://szmf97.blogspot.my/2015/10/rujukan.html

 

 3.http://kumpulan9pengajianmalaysiaptsb.blogspot.my/2015/09/assalammualaikum-dan-salam-sejahtera.html 

  

KESIMPULAN


KESIMPULAN

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi memulihara alam sekitar daripada tercemar dan musnah. Selain itu,kerjaan juga beriltizam dalam usaha mengukuhkan system pendidikan Negara selari dengan Negara-Negara maju yang lain . Isu-isu yang dipamerkan adalah untuk bagi mencapai Negara maju menjelang tahun 2020.





 


Tuesday 27 September 2016

PELBAGAI LALUAN PENDIDIKAN

LALUAN PENDIDIKAN VOKASIONAL  


Pendidikan vokasional adalah bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran teknikal yang khusus . Permintaan industri lulusan vokasional adalah tinggi dan memberangsangkan .

 

 

 

 

 

 LALUAN PENDIDIKAN TEKNIKAL  

Kerajaan memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah teknik di seluruh negara . Pendidikan teknikal memberikan peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan profesional . Pendidikan teknikal diiktiraf sebagai sebahagian daripada laluan akademik dan biasanya memerlukan asas akademik yang kukuh bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi . Pelajar dikehendaki mengambil mata pelajaran akademik dan boleh memilih set mata pelajaran elektif teknikal yang diminati sama ada dalam bidang kejuruteraan awam , sains pertanian , prinsip perakaunan atau lain-lain . 



 Berbezaan teknikal dan vokasional ;-


 Teknikal

 -Meluyukkan pelajaran dalam pendidikan lanjutan .

 Vokasional

- Beriorientasikan kerjaya .





LALUAN PENDIDIKAN AGAMA ;-


-> Merupakan salah satu komponen penting dalam system pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras kurikulum kebangsaan.

-> Kerjaan sangat komited dalam meningkatkan pendidikan agama Islam di Malaysia . 

->Permintaan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah agama sangat memberangrangkan . 

-> Kerjaan memperkenalkan program pendaftaran sekolah agama Negeri (SAN) dan sekolah agama rakyat sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) serta mewujudkan kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan.





LALUAN PENDIDIKAN SUKAN DAN SENI ;- 

Bagi melahirkan pelajar yang hebat dalam bidang sukan dan seni , Kerajaan telah menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni . Pada masa ini , terdapat empat buah sekolah sukan dan dua buah sekolah seni di Malaysia . Sekolah sukan dan sekolah seni amat penting bagi memupuk dan mengembangkan bakat generasi muda dan melahirkan atlet pelapis serta penggiat seni. Sekolah jenis ini membantu perkembangan bakat atlet dan penggiat seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa . Murid di sekolah ini juga akan menerima pendidikan  asas yang luas dengan mengikuti kurikulum dan menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar di sekolah yang lain . Sekolah ini bertujuan membangunkan potensi murid secara holistik dan menyluruh . 




PENDIDIKAN KHAS --->




Dalam sisitem pendidikan,kanak-kanak Orang Kelainan Upaya(OKU) diberi perhatian yang sama dengan pelajar normal.




Kerajaan beriltizam untuk menangani masalah yang dihadapi dalam system pendidikan khas



 PENDIIDKAN UNTUK MURID PINTAR CERDAS --->




Golongan murid pintar dan cerdas perlu diberikan pendidikan yang khusus bagi menggilap lagi minda dan keistimewaan mereka.
 
Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kerajaan adalah dengan mewujudkan program pendidikan untuk murid pintar cerdas sperti PERMATA PINTAR.


 PENDIDIKAN SWASTA --->

Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan kepada murid tempatan dan antarabangsa.



  Instusi pendidikan  swasta dibiayai sepenuhnya oleh sector swasta.




Sektor swasta menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah,sekolah rendah,sekolah menengah hingga ke PraUniversiti.





 contoh sekolah swasta ;-
INDEPENDENT SCHOOL (UK) 

PENDIDIKAN RENDAH & MENENGAH & LEPAS MENENGAH

PENDIIDKAN RENDAH


-Kerajaan beriltizam untuk meningkatkan enrolmen di peringkat sekolah rendah.

-Bertujuan memastikan semua rakyat berpendidikan sejak di peringkat awal lagi.
     Matamat :
 a) menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca , menulis , menyira dan menuakul .
b) pengenalan kepada konsep sains .
c)  kemahiran pravokusional dan generic .
d)  penerapan nilai-nilai murni .









PENDIDIKAN MENENGAH 

Kerajaan mewujudkan pendidikan peringkat menengah , rendah dan menengah atas menjelang tahun 2015.Tindakan-tindakan ini selari dengan standard pendidikan wajib antarabangsa dan bertujuan untuk :-

 a) melahirkan modal insan yang berkualiti .
b) melahirkan pelajar berkemahiran berfikir aras tinggi . 
c) menpunyai nilai jati diri yang tinggi . 
d) menguasai bahasa melayu dan bahasa inggeris .
e) memastikan pelajar lepasan menengah dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi . 



PENDIDIKAN LEPAS MENEGAH 

  Pelajar yang telah tamat pendidikan sekolah menegah berpeluang untuk menyambung pelajaran peringkat lepas menengah (tingkatan Enam ). Tujuan pendidikan lepas menengah adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian ijazah pertama di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negara . 

Pelajar akan menduduki pentaksiran pada akhir pengajian :-

-> Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
-> Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
-> Malaysia University English Test (MUET)




TEMPOH PENDIDIKAN FORMUL 




Sistem persekolahan di Malaysia antara 12-13 tahun bagi pendidikan formal.
 
Bertujuan  untuk memberi masa yang cukup kepada murid untuk berkembang secara menyeluruh intelek,rohani,jasmani,emosi dan social.


KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

Kerajaan sangat komited dalam pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan ialah tindakan atau program yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi untuk membangunkan seseorang supaya berketerampilan dari aspek pengetahuan , kemahiran dan pembentukan sikap dalam melaksanakn tugas. Dalam konteks negara Malaysia , pembangunan modal insan adalah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan , berkemahiran dan seterusnya berkebolehan membantu .

   Antara kepentingan pembangunan modal insan adalah seperti yang berikut :

- Menjana pendapatan negara.

- Pembangunan negara pada masa akan datang .

- Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti WaWasan 2020 . 

- Membantu kerajaan dalam membangunkan negara .

 

 

PENGAJARAN DAPAT KITA BELAJAR....

Kerajaan hendaklah terus melaksanakan program tentang modal insan terhadap masyarakat supaya dapat melahirkan individu yang berteteampilan dari aspek pengetahuan , kemahiran dan pembentukan sikap . 

 SISTEM PENDIDIKAN

Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan wadah atau saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Sistem pendidikan di Malaysia terus berusaha memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang sesuai pada masa yang tepat, iaitu sejak lahir hingga ke alam kejaya. Kerajaan telah melakukan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Struktur sistem pendidikan di Malaysia dan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi adalah antara perubahan dan transformasi yang ingin dicapai setanding dengan negara maju lain.


     Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan ialah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan sekolah. Mereka aialah kumpulan yang menjadi teras kekuatan dalam Kementerian Pendidikan sejak dahulu lagi. Bakti kumpulan ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, peningkatannyang ketara dapat dilihat dalam pelbagai peringkat pendidikan.

     
  Sistem pendidikan Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu :

 

 

 

 

 

 

 

 

 Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk :

- melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

- melahirkan insan beriman , berakhlak mulia , berilmu , berketerampilan dan sejahtera.

- menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

- memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

 

 

PERINGKAT DAN TEMPOH PENDIDIKAN

Kementerian akan memastikan kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang etnik melalui usaha memastikan akses sejagat pada peringkat persekolahan, pendidikan rendah, menengah rendah dan menengah atas.

     Langkah yang diambil termasuklah yang berikut:
(a) Memastikan peringkat dan tempoh pendidikan selari dengan amalan sistem pendidikan          berperestasi tinggi
(b) Pemberian bantuan yang lebih bersasaran dan berasaskan keperluan serta bantuan lain kepada pelajar dan sekolah.



Peringkat pendidikan

 
Sistem pendidikan terbahagi kepada lima peringkat iaitu prasekolah, rendah, menengah, serta lepas menengah. Sistem pendidikan formal selama 12 hingga 13 tahun (tidak termasuk pendidikan prasekolah) sebelum mengikuti pendidikan tinggi.





Pendidikan Prasekolah
 
Pendidikan prasekolah ialah temooh yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk mengembagkan potensi intelek, rohani, emosi da jasmani sebagai persediaan sekolah rendah.
 
(a) Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 5 tahun
(b) Pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada 4 tahun.

 

 

 KURIKULUM KEBANGSAAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan. Tujuan kurikulum ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada lima seperti yang berikut :

a)Kurikulum Asuhan dan Didikan awal kanak-kanak

b)Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

c)Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

d)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

e)Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

 

 

Antara Strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah :

a)Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak serta kurikulum prasekolah kebangsaan . 

b) Menggubal Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah .

c) Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan kurikulum .

d) Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama negara.

e) Menyediakan , menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa dan masa hadapan . 

 

 

KOKURIKULUM KEBANGSAAN


Bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut intelek, minat, bakat, jasmani dan rohani ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika serta jati diri, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pelajar untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. Pelaksanaan kokurikulum bertujuan memantapkan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang. Antara strategi pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah seperti berikut :

a) membudayakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid.

b) memberi wajaran kepada penglibatan yang seseuai kepada aktiviti kokurikulum .

c) memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif melalui kepelbagaian aktiviti kokurikulum.

d) melibatkan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum.

e) memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum .  

 

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


Penghutanan semula

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.


MEWARTAKAN HUTAN SIMPANAN DAN TAMAN NEGARA

Hutan simpanan dan taman negra dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus.Kegiatan pembalakan , penerokaan hutan , dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut . Contoh hutan simpan dan taman negara yang telah diwartakan adalah seperti yang berikut :-

- HUTAN SIMPAN HULU GOMBAK , SELANGOR
- HUTAN SIMPAN SEPILOK ,SABAH

- HUTAN SIMPAN BUKIT LAMA , SARAWAK

- TAMAN NEGARA KINABALU , SABAH

- TAMAN NEGARA , PAHANG

*CONTOH VIDEO HUTAN SIMPAN (PAHANG)*



Penggunaan baja organik

 

Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat  menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

 

 

Kaedah biologi


 Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.
 





Pertanian tetap

Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.

TANAMAN TUTUP BUMI 

Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng-lereng bukti antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit . Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.



MELANDAIKAN CERUN DAN MEMBUAT TARAHAN

Kini , pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar . Kawasan cerun bukti akan dilandaikan terlebih dahulu untuk mengurangkan hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh.



PEMBINAAN TEMBOK KONKRIT DAN LONGKANG KONKRIT

Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukti yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanah. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan seterusnya tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.




PRINSIP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR



Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan penglibatan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak . Malaysia telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah persekitaran . Dalam konteks ini , kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti yang berikut ;

 -penjagaan alam sekitar .

-pemuliharaan kessuburan tanah dan kualiti alam sekitar.

-peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan.

-kepentingan terhadap persepaduan dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar.

-iltizam dan akauntabiliti terhadap kualiti alam sekitar.

-penentuan tentang kesesuaian dan keberkesanan penggunaan sumber-sumber asli.

-penglibatan aktif di peringkat antarabangsa.      



PENGAJARAN DAPAT KITA BELAJAR....

Kita hendaklah mengambil peduli tentang bertapa penlingnya alam sekitar terhadp kita supaya alam sekitar dapat dipulihkan semula dan dapat dielakkan dari tercemar.