Wednesday, 28 September 2016
KESIMPULAN
KESIMPULAN
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi memulihara alam sekitar daripada tercemar dan musnah. Selain itu,kerjaan juga beriltizam dalam usaha mengukuhkan system pendidikan Negara selari dengan Negara-Negara maju yang lain . Isu-isu yang dipamerkan adalah untuk bagi mencapai Negara maju menjelang tahun 2020.
Tuesday, 27 September 2016
PELBAGAI LALUAN PENDIDIKAN
LALUAN PENDIDIKAN VOKASIONAL
Pendidikan vokasional adalah bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran teknikal yang khusus . Permintaan industri lulusan vokasional adalah tinggi dan memberangsangkan .
LALUAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
Kerajaan memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah teknik di seluruh negara . Pendidikan teknikal memberikan peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan profesional . Pendidikan teknikal diiktiraf sebagai sebahagian daripada laluan akademik dan biasanya memerlukan asas akademik yang kukuh bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi . Pelajar dikehendaki mengambil mata pelajaran akademik dan boleh memilih set mata pelajaran elektif teknikal yang diminati sama ada dalam bidang kejuruteraan awam , sains pertanian , prinsip perakaunan atau lain-lain .Berbezaan teknikal dan vokasional ;-
Teknikal
-Meluyukkan pelajaran dalam pendidikan lanjutan .
Vokasional
- Beriorientasikan kerjaya .
LALUAN PENDIDIKAN AGAMA ;-
-> Merupakan salah satu komponen penting dalam system pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras kurikulum kebangsaan.
-> Kerjaan sangat komited dalam meningkatkan pendidikan agama Islam di Malaysia .
->Permintaan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah agama sangat memberangrangkan .
-> Kerjaan memperkenalkan program pendaftaran sekolah agama Negeri (SAN) dan sekolah agama rakyat sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) serta mewujudkan kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan.
LALUAN PENDIDIKAN SUKAN DAN SENI ;-
Bagi melahirkan pelajar yang hebat dalam bidang sukan dan seni , Kerajaan telah menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni . Pada masa ini , terdapat empat buah sekolah sukan dan dua buah sekolah seni di Malaysia . Sekolah sukan dan sekolah seni amat penting bagi memupuk dan mengembangkan bakat generasi muda dan melahirkan atlet pelapis serta penggiat seni. Sekolah jenis ini membantu perkembangan bakat atlet dan penggiat seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa . Murid di sekolah ini juga akan menerima pendidikan asas yang luas dengan mengikuti kurikulum dan menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar di sekolah yang lain . Sekolah ini bertujuan membangunkan potensi murid secara holistik dan menyluruh .PENDIDIKAN KHAS --->
•Dalam sisitem pendidikan,kanak-kanak Orang Kelainan Upaya(OKU) diberi perhatian yang sama dengan pelajar normal.
•Kerajaan beriltizam untuk menangani masalah yang dihadapi dalam system pendidikan khas
PENDIIDKAN UNTUK MURID PINTAR CERDAS --->
•Golongan murid pintar dan cerdas perlu diberikan pendidikan yang
khusus bagi menggilap lagi minda dan keistimewaan mereka.
•Antara inisiatif yang
dilakukan oleh pihak Kerajaan adalah dengan mewujudkan
program pendidikan untuk murid pintar cerdas sperti PERMATA PINTAR.
PENDIDIKAN SWASTA --->
•Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan kepada murid tempatan dan antarabangsa.
•Instusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sector swasta.
•Sektor swasta menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah,sekolah rendah,sekolah menengah hingga ke PraUniversiti.
contoh sekolah swasta ;-
INDEPENDENT SCHOOL (UK)
PENDIDIKAN RENDAH & MENENGAH & LEPAS MENENGAH
PENDIIDKAN RENDAH
•-Kerajaan beriltizam untuk meningkatkan enrolmen di peringkat sekolah rendah.
•-Bertujuan memastikan semua rakyat berpendidikan sejak di peringkat awal lagi.
Matamat :
a) menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca , menulis , menyira dan menuakul .
b) pengenalan kepada konsep sains .
c) kemahiran pravokusional dan generic .
d) penerapan nilai-nilai murni .
PENDIDIKAN MENENGAH
Kerajaan mewujudkan pendidikan peringkat menengah , rendah dan menengah atas menjelang tahun 2015.Tindakan-tindakan ini selari dengan standard pendidikan wajib antarabangsa dan bertujuan untuk :-a) melahirkan modal insan yang berkualiti .
b) melahirkan pelajar berkemahiran berfikir aras tinggi .
c) menpunyai nilai jati diri yang tinggi .
d) menguasai bahasa melayu dan bahasa inggeris .
e) memastikan pelajar lepasan menengah dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi .
PENDIDIKAN LEPAS MENEGAH
Pelajar yang telah tamat pendidikan sekolah menegah berpeluang untuk menyambung pelajaran peringkat lepas menengah (tingkatan Enam ). Tujuan pendidikan lepas menengah adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian ijazah pertama di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negara .Pelajar akan menduduki pentaksiran pada akhir pengajian :-
-> Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
-> Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
-> Malaysia University English Test (MUET)
TEMPOH PENDIDIKAN FORMUL
•Sistem persekolahan di Malaysia antara 12-13 tahun bagi pendidikan formal.
•Bertujuan untuk memberi masa yang cukup kepada murid untuk berkembang secara menyeluruh intelek,rohani,jasmani,emosi dan social.
KONSEP PEMBANGUNAN INSAN
KONSEP PEMBANGUNAN INSAN
Kerajaan sangat komited dalam pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan ialah tindakan atau program yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi untuk membangunkan seseorang supaya berketerampilan dari aspek pengetahuan , kemahiran dan pembentukan sikap dalam melaksanakn tugas. Dalam konteks negara Malaysia , pembangunan modal insan adalah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan , berkemahiran dan seterusnya berkebolehan membantu .
Antara kepentingan pembangunan modal insan adalah seperti yang berikut :
- Menjana pendapatan negara.
- Pembangunan negara pada masa akan datang .
- Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti WaWasan 2020 .
- Membantu kerajaan dalam membangunkan negara .
PENGAJARAN DAPAT KITA BELAJAR....
Kerajaan hendaklah terus melaksanakan program tentang modal insan terhadap masyarakat supaya dapat melahirkan individu yang berteteampilan dari aspek pengetahuan , kemahiran dan pembentukan sikap .
SISTEM PENDIDIKAN
Sistem
pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah
menyediakan wadah atau saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada
generasi kini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara.
Sistem pendidikan di Malaysia terus berusaha memastikan setiap
kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang sesuai pada masa yang
tepat, iaitu sejak lahir hingga ke alam kejaya. Kerajaan telah melakukan
transformasi dalam sistem pendidikan negara. Struktur sistem pendidikan
di Malaysia dan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi adalah
antara perubahan dan transformasi yang ingin dicapai setanding dengan
negara maju lain.
Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan ialah hasil kegigihan dan
dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan
sekolah. Mereka aialah kumpulan yang menjadi teras kekuatan dalam
Kementerian Pendidikan sejak dahulu lagi. Bakti kumpulan ini tidak dapat
disangkal oleh mana-mana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun Malaysia
mencapai kemerdekaan, peningkatannyang ketara dapat dilihat dalam
pelbagai peringkat pendidikan.
Sistem pendidikan Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu :
Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk :
- melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
- melahirkan insan beriman , berakhlak mulia , berilmu , berketerampilan dan sejahtera.
- menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
- memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
PERINGKAT DAN TEMPOH PENDIDIKAN
Langkah yang diambil termasuklah yang berikut:
(a) Memastikan peringkat dan tempoh pendidikan selari dengan amalan sistem pendidikan berperestasi tinggi
(b) Pemberian bantuan yang lebih bersasaran dan berasaskan keperluan serta bantuan lain kepada pelajar dan sekolah.
Peringkat pendidikan
Sistem
pendidikan terbahagi kepada lima peringkat iaitu prasekolah, rendah,
menengah, serta lepas menengah. Sistem pendidikan formal selama 12
hingga 13 tahun (tidak termasuk pendidikan prasekolah) sebelum mengikuti
pendidikan tinggi.
Pendidikan Prasekolah
Pendidikan
prasekolah ialah temooh yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk
mengembagkan potensi intelek, rohani, emosi da jasmani sebagai
persediaan sekolah rendah.
(a) Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 5 tahun
(b) Pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada 4 tahun.
(b) Pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada 4 tahun.
KURIKULUM KEBANGSAAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan. Tujuan kurikulum ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada lima seperti yang berikut :
a)Kurikulum Asuhan dan Didikan awal kanak-kanak
b)Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
c)Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
d)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
e)Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Antara Strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah :
a)Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak serta kurikulum prasekolah kebangsaan .
b) Menggubal Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah .
c) Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan kurikulum .
d) Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama negara.
e) Menyediakan , menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa dan masa hadapan .
KOKURIKULUM KEBANGSAAN
Bagi melahirkan
pelajar yang seimbang dari sudut intelek, minat, bakat, jasmani dan
rohani ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika
serta jati diri, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pelajar untuk
mengikuti aktiviti kokurikulum. Pelaksanaan kokurikulum bertujuan
memantapkan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang. Antara
strategi pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah seperti berikut :
a) membudayakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid.
b) memberi wajaran kepada penglibatan yang seseuai kepada aktiviti kokurikulum .
c) memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif melalui kepelbagaian aktiviti kokurikulum.
d) melibatkan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum.
e) memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum .
LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Penghutanan semula
Penghutanan
semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan
spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan
suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam
sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar
seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan
sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan
Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini
dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah
dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan
Simpan Paya Laut, Perak.
MEWARTAKAN HUTAN SIMPANAN DAN TAMAN NEGARA
Hutan simpanan dan taman negra dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus.Kegiatan pembalakan , penerokaan hutan , dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut . Contoh hutan simpan dan taman negara yang telah diwartakan adalah seperti yang berikut :-
- HUTAN SIMPAN HULU GOMBAK , SELANGOR
- HUTAN SIMPAN SEPILOK ,SABAH
- HUTAN SIMPAN BUKIT LAMA , SARAWAK
- TAMAN NEGARA KINABALU , SABAH
- TAMAN NEGARA , PAHANG
*CONTOH VIDEO HUTAN SIMPAN (PAHANG)*
Penggunaan baja organik
Masyarakat
sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik
atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta
sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu
digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden
yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan
masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran
air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan
tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan
tidak mencemarkan alam sekitar.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.
Kaedah biologi
Peladang
kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal
makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah
biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah
biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga
dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam
sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan
burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang
merosakkan buah kelapa sawit.
Pertanian tetap
Kerajaan
menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian
pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap.
Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis
pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat
pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di
sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu
mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara
berpindah-randah kepada pertanian tetap.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.
TANAMAN TUTUP BUMI
Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng-lereng bukti antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit . Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.
MELANDAIKAN CERUN DAN MEMBUAT TARAHAN
Kini , pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar . Kawasan cerun bukti akan dilandaikan terlebih dahulu untuk mengurangkan hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh.
PEMBINAAN TEMBOK KONKRIT DAN LONGKANG KONKRIT
Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukti yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanah. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan seterusnya tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.
PRINSIP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan penglibatan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak . Malaysia telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah persekitaran . Dalam konteks ini , kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti yang berikut ;
-penjagaan alam sekitar .
-pemuliharaan kessuburan tanah dan kualiti alam sekitar.
-peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan.
-kepentingan terhadap persepaduan dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar.
-iltizam dan akauntabiliti terhadap kualiti alam sekitar.
-penentuan tentang kesesuaian dan keberkesanan penggunaan sumber-sumber asli.
-penglibatan aktif di peringkat antarabangsa.
PENGAJARAN DAPAT KITA BELAJAR....
Kita hendaklah mengambil peduli tentang bertapa penlingnya alam sekitar terhadp kita supaya alam sekitar dapat dipulihkan semula dan dapat dielakkan dari tercemar.
Subscribe to:
Posts (Atom)